Info umum minyak wangi · Tip perfume

TIP MINYAK WANGI

Ia adalah satu mitos bahawa minyak wangi mesti digoncang sebelum digunakan untuk memastikan bahawa isiannya bercampur dengan baik.

Malah, sebaliknya adalah benar bahawa wangian direka untuk molekulnya kekal sama rata bercampur, jika ia disimpan dengan betul.

Goncangan minyak wangi bukan sahaja menggabungkan udara di seluruh minyak wangi, ia juga mempercepatkan pecahan molekul wangian itu sendiri, bahkan juga boleh membawa kepada pecahnya botol kaca minyak wangi.

#magdexandra

Info umum minyak wangi

15 JENIS WANGIAN YANG DIJADIKAN MINYAK WANGI

15 jenis wangian di dunia ini, yang boleh dibotolkan sebagai minyak wangi.

# – 1 – Kopi segar

Sesibuk mana pun, sekurang-kurangnya mesti ada secawan kopi panas.

Sangat sesuai pada awal pagi sebelum mulakan rutin di awal pagi.

Aroma nya itu buat kan kita bersemangat dan bertenaga untuk mulakan rutin harian.

# – 2 – Buku baru

Bila dapat beli buku baru, bukan setakat teruja mahu membaca nya.

Bahkan, bau buku baru itu sendiri berikan harapan dan energi yang tinggi.

# – 3 – Buku lama

Sekian lama dalam simpanan, apabila terjumpa buku lama, perasaan yang sukar digambarkan.

Apatah lagi, buku lama itu ada momen yang mahal buat kita.

# – 4 – botol dakwat pen

Inilah dikatakan wangian bijak pandai.

# – 5 – Cairan coklat

Bau, kemanisan dan keenakkan coklat itu.

# – 6 – Bertih jagung

Bau bertih jagung itu buatkan kita selesa dan teruja seperti menonton wayang di dalam pawagam.

# – 7 – Petrol

Bau petrol itu boleh buatkan kita ketagih sebab kandungan kimia nya.

# – 8 – Wang kertas baru

Bau wang kertas baru buat kita teruja sampai sayang mahu gunakan nya.

# – 9 – Masakan emak

Aroma masakan hasil air tangan emak kita, sangat menggamit selera kita sampai bila-bila.

# – 10 – Lautan

Lautan dara yang suci daripada sebarang pencemaran.

Sangat nyaman, tenang dan mengasyikkan.

# – 11 – Pudina segar

Tumbuhan pudina boleh buatkan kita berasa segar dan bertenaga.

# 12 – Lemon segar

Perahan lemon segar itu dapat ceriakan hari kita.

# – 13 – Bau bayi baru

Bau bayi baru seperti bau semulajadi. Bau yang asli, penuh kelembutan lagi mendamaikan.

# – 14 – Unggun api

Bau unggun api dan kehangatan pantulan bahang api itu buatkan kita tenang dan santai.

# – 15 – Pakaian baru dibasuh

Bau pakaian yang baru diambil dari ampaian, bau yang segar, tidak kira pakaian itu sudah lusuh atau pudar warna.

#MummyOhsem

COD, self pick up & pos perfume

WANGIAN MENGGAMIT EMOSI

Hari itu, ada seorang ibu kepada tutee saya, berpindah ke dalam base nun di Sepanggar.

Jadinya, beliau berhenti mengambil kelas anaknya dengan saya dek jauh.

Sebagai tanda, saya menghargai kebaikan beliau selama berukhwah dengan saya, maka saya tandainya dengan sebotol minyak wangi versi botol lama, yang masih relevan untuk diguna pakai.

Apabila, kita berpisah dengan sesiapapun waima adik-beradik mahupun orang lain yang tiada pertalian darah dengan kita, kebaikannya itulah membuatkan kita terkenang akan dirinya.

Sentiasa membayang kebaikannya itu sehingga kita sangat terasa akan kehilangannya.

Wangian, mampu menggamit emosi.

#magdexandra

Info umum minyak wangi

VARIASIKAN SCENT WANGIAN

Wangian yang sama, tidak semestinya sama wangiannya pada semua orang.

Sebab itu, ada yang pelbagai jenis wangian untuk dicocoki kepada empunya masing-masing.

Ada yang suka manis #segar.
Ada yang suka manis #lembut.
Ada yang suka manis #keras.

Maka, setiap orang itu berbeza deria baunya.

Sebab itu, soalan maut apabila ada prospek yang bertanya kepada saya, sepertinya jawapan klise ataupun selamat, walhal itu memang hakikatnya.

Dalam satu kategori itu, ada 4, 5 atau 6 jenis pilihan wangian. Namun, kadang semuanya tidak mengena di jiwa.

Oleh yang demikian, adalah lebih baik, prospek ada scent tersendiri yang memang soul mate dengan wangian itu. Kiranya, boleh dilabel sebagai ‘signature’ bagi dia.

Pastikan juga, ada beberapa scent pilihan yang lain, supaya dapat bermain dengan variasi wangian.

Tidaklah kejung apabila scent signature’ itu tadi, habis stok!

#magdexandra

Dexandra ada di mana-mana

HARGA SELARAS SATU MALAYSIA

Bermula 1 Mac 2019, harga jualan bagi produk Dexandra adalah seragam.

Baik Semenanjung Malaysia mahupun Borneo (Sabah dan Sarawak), harga sekata.

Kalau sebelum ini, sebotol Semenanjung Malaysia (SM) RM70, manakala harga sebotol bagi Borneo (SS) adalah RM75.

Kini semuanya selaras, sebotol RM70.

Bagi peminat wangian di Borneo, ini adalah satu berita yang menggembirakan kerana dapat jimat RM5 seperti mana orang SM membuat belian.

#magdexandra

Manfaat pakai perfume

KUASA MAGIS WANGIAN

Pasti dalam hidup kita, pernah terhidu satu bau wangian yang dipakai oleh seseorang.

Tidak kisah lah, siapa pun dia. Bauan itu pasti menjadi satu ‘signature’ buat diri si pemakai bauan itu.

Sebab itu, wangian mampu memberi kita satu ingatan yang menerobos kembali untuk mengenang siapakah empunya badan yang sinonim dengan bauan itu.

Kadang, bait kata mahupun soal bicara, agak hilang ingatan kita dibuatnya dek puluhan tahun yang berlalu, telah mengambus kata pujangga tersebut.

Namun, dengan bau wangian, ia mampu mengingatkan kita akan kenangan mahupun seseorang yang memang cocok dengan wangian tersebut.

Meskipun, telah berabad kita tidak bersua muka mahupun bertegur sapa, waima hilang daripada radar, namun bauan itu mampu membuat minda kita mengingat semula akan seseorang.

Betapa, wangian mampu memberi kuasa ingatan kembali untuk mengenang memori ataupun empunya badan pemakai wangian tersebut.

Maka, benarlah bahawa, wangian boleh menyegar dan meremajakan minda kita untuk kembali mengundur ke alam yang berabad tahun yang lampau.

#magdexandra

#mummyohsem